Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kesedaran pengguna China terhadap melindungi hak dan kepentingan sendiri di sisi undang-undang terus meningkat. berdasarkan data-data yang disediakan oleh Persatuan Pengguna China, pada tahun 2004, kes dakwaan para pengguna China untuk melindungi hak dan kepentingan sendiri berjumlah lebih 720 ribu kes. Naib Ketua Setiausaha Persatuan Pengguna China Encik Wu Gaohan semasa diwawancara oleh wartawan menyatakan, peningkatan kesedaran pengguna China terhadap melindungi hak dan kepentingan sendiri berkaitan dengan iklim sistem perundangan dan perlindungan hak dan kepentingan sendiri yang terus disempurnakan di China. Pertubuhan itu akan membimbing para pengguna menumpukan perhatian terhadap "melindungi hak dan kepentingan kesihatan" sendiri pada masa depan.
Berdasarkan analisis Persatuan Pengguna China, pada tahun-tahun kebelakangan ini, kebanyakan kes dakwaan para pengguna China tentang isu kualiti barang dagangan, akan tetapi jumlah dakwaan yang melibatkan kontrak, keselamatan dan kehormatan meningkat dengan pesat. Naib Ketua Setiausaha Persatuan Pengguna China Encik Wu Gaohan berpendapat, ini mencerminkan kesedaran para pengguna China terhadap melindungi hak dan kepentingan sendiri di sisi undang-undang telah meningkat. Beliau berkata,
"Ini membuktikan, semakin ramai pengguna melaksanakan hak demokratik. Semasa mengemukakan dakwaan, para pengguna bukan sahaja melindungi hak dan kepentingan sendiri, tetapi juga memelihara order ekonomi pasaran. Para pengguna yang mengemukakan dakwaan bermakna kesedaran para pengguna terhadap demokrasi dan sistem perundangan telah meningkat."
Encik Wu Gaohan menyatakan, dalam tempoh 20 tahun lalu, pengguna China telah mengemukakan dakwaan sebanyak 90 bilion kes kepada Persatuan Pengguna China yang berjaya mengelakkan kerugian ekonomi sebanyak enam bilion Yuan RMB.
Misalnya pada tahun 2004, kes dakwaan para pengguna berjumlah lebih 720 ribu kes. Jumlah kes dakwaan yang melibatkan kereta, keselamatan bahan makanan dan kontrak jual beli rumah komersil meningkat dengan pesat, jumlah kes dakwaan tentang perkhidmatan awam, kewangan dan insurans juga meningkat.
Berdasarkan analisis Encik Wu Gaohan, setelah disusun semula dalam tempoh beberapa tahun, pasaran kereta dan rumah komersil China menjadi lebih standard, akan tetapi persengketaan tentang kontrak jual beli rumah komersil pada tahun 2004 meningkat 25% berbanding tahun 2003. Ini kerana lebih ramai pengguna mengetahui melindungi hak dan kepentingan sendiri di sisi undang-undang apabila menghadapi kontrak yang tidak adil atau mengalami penipuan semasa membeli rumah.
Peningkatan kesedaran para pengguna terhadap melindungi hak dan kepentingan sendiri disebabkan kerajaan China dan seluruh masyarakat berusaha menyediakan iklim yang baik pada tahun-tahun kebelakangan ini. Misalnya, persatuan pengguna di pelbagai tempat di China memilih satu bidang utama untuk menasihatkan pengguna menumpukan perhatian terhadap masalah dalam bidang itu setiap tahun, menggalakkan mereka melindungi hak dan kepentingan mereka.
Encik Wu Gaohan memaklumkan, Persatuan Pengguna China sebagai pertubuhan kalangan rakyat yang menyediakan perkhidmatan khas kepada pengguna akan membimbing para pengguna menumpukan perhatian terhadap "melindungi hak dan kepentingan kesihatan" sendiri pada masa depan. Beliau berkata,
"Konsumsi secara sihat meliputi mental, fizikal pengguna sihat semasa berkonsumsi. Kesihatan bermakna keselamatan nyawa dan melindungi ekologi alam sekitar."
----Ching
|