Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-11 15:01:10    
Kenderaan di Timur Laut China Gunakan Petrol Mengandungi Alkohol

Agensi Berita Xinhua China

Agensi Berita Xinhua China hari ini melaporkan, sejak petrol mengandungi alkohol mula dijual di Provinsi Jilin, timur laut China pada bulan November 2003 hingga hujung bulan Februari 2005, tiga provinsi di timur laut China telah menjual 1.94 juta tan petrol mengandungi alkohol kenderaan dan menjimatkan lebih 700 ribu tan minyak mentah.

Kenderaan "minum" petrol merupakan sebutan umum kenderaan membakar minyak alkohol. Provinsi Jilin sebagai provinsi pertama memperkenalkan penggunaan petrol mengandungi alkohol telah memulakan penjualan petrol mengandungi alkohol pada 18 November 2003. Provinsi Heilongjiang dan Liaoning yang juga di timur laut China telah memperkenalkan penggunaan petrol mengandungi alkohol pada setengah tahun kedua 2004.

Kerajaan China memperkenalkan penggunaan petrol mengandungi alkohol di ketiga-tiga provinsi tersebut adalah untuk menyusun semula struktur penggunaan sumber tenaga dan juga merupakan langkah strategik yang penting dalam menerokai sumber tenaga yang dapat menggantikan minyak. Tindakan itu boleh mengurangkan pelepasan asap keluaran kenderaan, meningkatkan mutu persekitaran atmosfera dan mendorong perkitaran sihat pengeluaran dan penggunaan sektor pertanian.

Pada masa ini, Provinsi Jilin, Heilongjiang dan Liaoning telah menubuhkan jaring penjualan petrol mengandungi alkohol yang sempurna. Petrol mengandungi alkohol untuk kenderaan telah menggantikan minyak biasa dan diterima oleh pengguna.

Dengan keizinan Dewan Negara China, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China dan tujuh kementerian yang lain telah melaksanakan projek perintis di pelbagai tempat untuk memperkenalkan petrol mengandungi alkohol. Antaranya termasuk Provinsi Heilongjiang, Jilin, Liaoning, Henan, Anhui dan sebahagian kawasan di Provinsi Hubei, Shandong, Hebei dan Jiangsu. Sehingga penghujung tahun 2005, petrol mengandungi alkohol akan menggantikan minyak di tempat tersebut.

Pakar berpendapat, pada tahun 2010, jumlah import minyak China akan mencatat 120 juta tan dan 230 juta tan pada tahun 2020. Pada masa itu, jumlah kenderaan di China akan mencecah 100 juta. Sehubungan dengan itu, masalah kekurangan sumber tenaga dan pencemaran alam sekitar akan menjadi lebih serius. Oleh sebab teknologi pengeluaran alkohol semakin canggih dan kos pengeluarannya semakin rendah, ia akan memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah itu.