Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-11 14:23:06    
Pendapat Umum Hong Kong: Penjelasan Undang-undang Asas Selaras dengan Kepentingan Hong Kong

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Dewan Negara China memohon Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China mengemukakan menjelas terhadap bab ke-2 fasal ke-513 Undang-undang Asas Hong Kong. Pelbagai lapisan masyarakat Hong Kong mengalu-alukan tindakan tersebut dan berpendapat bahawa tindakan tersebut selaras dengan kepentingan Hong Kong.

Beberapa akhbar Hong Kong menerbitkan rencana hari ini menyatakan bahawa Dewan Negara mengkaji laporan kerajaan Hong Kong dan memutuskan akan menjelaskan Undang-undang Asas Hong Kong tentang penggal perkhidmatan Ketua Eksekutifnya.

Akhbar Perdagangan Hong Kong menerbitkan rencana menyatakan bahawa penggal perkhidmatan ketua Eksekutif baru berkaitan erat dengan pelaksanaan Undang-undang Asas Hong Kong dan kejayaan pemilihan calon ketua eksekutif baru. Penjelasan terhadap Undang-undang Asas Hong Kong yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China adalah perlu dan menunjukkan pendirian Dewan Negara berusaha memelihara kestabilan dan kemakuran Hong Kong di sisi undang-undang.

Akhbar Takungpao Hong Kong menerbitkan rencana menyatakan bahawa tindakan penjelasan Undang-undang Asas tersebut adalah perlu dan segera dan boleh menjamin ketua eksekutuf baru dipilih dengan jayanya. Keamanan dan kemakmuran Hong Kong dapat dikekalkan.

Akhbar Wenweipo Hong Kong menerbitkan rencana menyatakan bahawa Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China bersikap serius dan bertanggungjwab terhadap hak penjelasan Undang-undang Asas Hong Kong.