Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-11 11:02:20    
Pemeriksaan Keluaran Transgenik China Capai Taraf Maju Antarabangsa

CRI
Menurut berita CRI hari ini, Makmal Transgenik Biro Pemeriksaan Kuarantin Kastam Provinsi Jiangsu China baru-baru ini telah diberi mandat oleh Syarikat Genescan Jerman, badan pemeriksaan transgenik yang berwibawaa di peringkat antarabangsa, dan menjadi satu-satunya makmal yang ditetapkannya di China.

Ini melambangkan pemeriksaan keluaran transgenik China telah mencapai taraf maju antarabangsa.

Makmal Transgenik Jiangsu China memulakan kajian teknologi pemeriksaan transgenik sejak tahun 1999. Pada masa ini, makmal tersebut berkeupayaan mengadakan pemeriksaan transgenik terhadap jagung, kapas, kentang, kacang soya dan sawi bunga dan lain-lain serta pelbagai makanan, laporan hasil pemeriksaan yang dikeluarkannya diakui di seluruh dunia.