Menurut Agensi Berita Xinhua China, berdasarkan statistik yang diumumkan oleh Jabatan Am Kastam Awam China semalam, jumlah perdagangan import dan eksport China dalam tiga bulan pertama tahun ini telah mencapai 295.2 bilion dolar Amerika, meningkat 23% berbanding tahun lalu dalam tempoh yang sama.
Berdasarkan statistik tersebut, perdagangan dua hala China dengan rakan dagang penting meningkat cepat dan menyeluruh dalam tiga bulan pertama tahun ini, antaranya jumlah perdagangan China dengan Kesatuan Eropah dan A.S. meningkat 20% ke atas. Kesatuan Eropah dan A.S. ialah rakan dagang terbesar dan kedua terbesar bagi China.
|