Menurut berita CRI, Jurucakap Kementerian Luar China Qing Gang hari ini menyatakan dalam sidang akhbar yang diadakan di Beijing bahawa China menyokong pelbagai kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Britain.
Beliau menyatakan demikian semasa mengulas rundingan kerjasama yang sedang diadakan antara Syarikat MG Rover Britain dan Syarikat Industri Kereta Shanghai China. Qing Gang berkata, kerajaan China sentiasa menyokong kedua-dua negara mengadakan pelbagai kerjasama.
|