Agensi Berita Xinhua China, Rom --- kerajaan Itali semalam menyatakan akan bertindak membanteras kegiatan ganas dalam pertandingan bola sepak dan mungkin akan menutup beberapa stadium.
Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri Itali, Giuseppe Pisanu telah menyampaikan ucapan selepas kejadian ganas berlaku di seluruh negara dalam pertandingan bola sepak Liga Itali. Pada hujung minggu lalu, kejadian ganas semasa pertandingan bola sepak telah berlaku di pelbagai tempat di Itali seperti Rom, Palermo, Udine dan Perugia dan mengakibatkan 85 orang polis cedera. 17 orang pengganas yang terlibat dalam kejadian itu telah ditangkap dan lebih 200 orang telah direkodkan dalam senarai hitam pihak polis Itali.
Giuseppe Pisanu menyifatkan kejadian itu sebagai tindakan yang paling buas dan ganas. Jika kejadian seumpama itu berulang lagi, beliau akan menutup stadium yang berlaku kejadian itu.
Pihak polis Itali menuntut kerajaan menutup beberapa stadium yang pernah berlaku kejadian ganas. Akan tetapi, mereka berpendapat, penutupan stadium adalah tidak berkesan untuk mencegah kegiatan pengganas semasa pertandingan bola sepak. Mereka menyaran mengambil langkah yang sesuai seperti melarang pengganas bola sepak memasuki stadium melalui sistem pengesahan identiti.
Pegawai yang bertanggungjawab hal-ehwal sukan di Itali, Mario Pescante berpendapat, menutup stadium tidak boleh menyelesaikan masalah itu dari akalnya. Sebaliknya, tindakan itu akan membantu sekumpulan pengganas bola sepak merealisasikan tipu muslihat mereka. Beliau berkata, kerajaan mesti mengambil langkah yang lebih cepat dan ketat untuk membasmi kejadian ganas semasa pertandingan bola sepak di negara itu.
Beberapa pegawai kelab bola sepak terkenal di Itali menyatakan, kerajaan, kelab, peminat dan polis mesti duduk membincangkan bersama kaedah membasmi kejadian keganasan semasa pertandingan. Kerajaan Itali juga patut menimba pengalaman kerajaan Britain dalam menyelesaikan masalah itu.
Parti Komunis Itali berpendapat, dalam usaha membanteras kegiatan pengganas bola sepak, kerajaan harus meminda dasar belia supaya punca sosial masalah itu dihapuskan.
|