Menurut Agensi Berita Xinhua China, pejabat mantan Presiden Finland Martti Ahtisaari memaklumkan hari ini bahawa wakil kerajaan Indonesia dan kumpulan pemisah Aceh "Gerakan Aceh Merdeka" telah mengadakan rundingan damai pusingan ke-3 di Helsinki, ibu negara Finland hari ini.
Berdasarkan jasa baik dan dipengerusikan oleh Martti Ahtisaari, delegasi kerajaan Indonesia yang diketuai oleh Menteri Kehakiman Indonesia Hamid Awaluddin dan kumpulan perunding "Gerakan Aceh Merdeka" yang diketuai oleh Malik Mahmud memulakan rundingan damai pusingan ke-3 di Helsinki hari ini yang akan dilangsungkan ke 17 April.
Kerajaan Indonesia amat mengidam-idamkan rundingan damai pusingan ke-3 tersebut berjaya dan berharap dapat secara damai menyelesaikan masalah Aceh pada akhirnya.
|