Menurut berita CRI, berdasarkan maklumat Kementerian Perdagangan China hari ini, pada suku tahun pertama tahun ini, jumlah import-eskport barangan teknologi tinggi China mencatat 84 bilion Dolar Amerika, meningkat 26.2% berbanding tahun lalu dalam tempoh yang sama, jumlah lebihan dagangan mencatat lebih 3.4 bilion Dolar Amerika.
Menurut maklumat pegawai Kementerian Perdagangan China, sejak bulan Oktober tahun lalu hingga sekarang, lebihan dagangan barangan teknologi tinggi China dengan luar berturut-turut meningkat selama enam bulan. Pada tiga bulan pertama tahun ini, lebihan dagangan teknologi tinggi China terus meningkat.
|