Menurut berita CRI, Presiden Perbadanan Industri Great Wall China encik Wang Haibo semalam menyatakan, kerajaan China sedang mengambil pelbagai tindakan untuk meneroka pasaran penerbangan angkasa lepas antarabangsa.
Beliau menyatakan, pada tahun-tahun kebelakangan ini, China berusaha agar teknologi roket buatan China lebih dipercayai, mengkaji dan mengeluarkan satelit komunikasi yang sesuai dengan pasaran antarabangsa. Pada masa ini, satelit komunikasi baru China—"Dong Fanghong 4" telah dijual di pasaran antarabangsa. Kontrak eksport satelit itu telah ditandatangani oleh Perbadanan Industri Great Wall China dengan pelbagai negara antaranya Nigeria.
|