Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-14 15:12:36    
Ketua Jurulatih Kelab Catur Halimake di Mongolia Dalam China A Gangsuhe dan Impinannya

CRI

A Gangsuhe merupakan tokoh ternama arena catur China dan antarabangsa. Sejak beliau belajar di sekolah menengah, beliau amat gemar bermain catur. Beliau pernah menjadi johan catur Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China. Pada Mac 1999, beliau menubuhkan Kelab Catur swasta pertama di kampung halamannya dan menjadi ketua jurulatih catur di kelab tersebut.

Pemain catur di kalangan penduduk Mongolia Dalam China tentu akan mencapai kejayaan dalam pertandingan antarabangsa. Ini merupakan impian A Gangsuhe. Untuk menwujudkan impian tersebut, beliau meninggalkan kampung halamannya ladang rumput Xilinguole. Sehubungan dengna itu beliau pergi ke Kelab Catur di Bandar Hohhot, beliau tidak memakai pakaian tradisional Mongolia tetapi memakai pakaian barat dan menjelaskan peraturan dan cara bermain catur kepada para peminat dalam dialek Mongol.

Untuk mencapai impinannya, A Gangsuhe telah menetapkan tiga matlamat iaitu bekerjasama dengan badan pendidikan dan badan sukan bandar Hohhot untuk mempopularkan permainan catur di sekolah rendah dan sekolah menengah. Kedua, menjadikan pemain catur di bandar Hohhot melebihi sepuluh ribu orang dalam dua tiga tahun akan datang. Dan ketiga melatih pemain catur mencapai kejayaan dalam pertandingan catur di peringkat antarabangsa.

"Memindahkan kelab Halimake dari kawasan perkampungan ke bandar merupakan keputusan penting bagi saya." Tindakan itu bermakna beliau akan melepaskan peluang mencari wang dan memberi sumbangan yang lebih besar seperti menyewa dan menjual ladang sendiri yang telah berusahakan beberapa tahun dan membawa isteri dan dua orang anak perempuannya berhijrah ke bandar Hohhot untuk mencapai matlamatnya.

Di padang rumput, menunggang kuda, bergusti, memanah dan bermain catur merupakan antara acara riadah yang diminati ramai di sana. Beberapa kanak-kanak akan bermain catur Mongol semasa mereka belum tahu membaca. Permianan catur Mongol hampir sama dengan catur antarabangsa. Berdasarkan statistik, jumlah peminat catur Mongol di Mongolia Dalam China telah mencapai seratus ribu orang.

A Gangsuhe berkata, "terdapat begitu ramai peminat catur Mongol, Mongolia Dalam harus menjadi tempat yang paling seusai melatih pemain catur yang berpeluang mencapai kejayaan di dunia." Beliau sangat optimis terhadap pandangan tersebut. Melalui latihan gigih selama lima tahun, Kelab Halimake telah meningkatkan tahap pemain catur para remaja ke tahap profesional dalam negeri. Pada tahun 2004, anak perempuan sulung A Latenghua yang berumur 12 tahun mewakili pasukan China menyertai pertandingan catur remaja antarabangsa dan memperoleh tempat kelima pertandingan tersebut.

Halikema dalam dialek Mongol bermaksud terbang lebih tinggi dan lebih jauh. A Gangsuhe dan kelab caturnya pasti akan mencapai kejayaan besar dalam arena catur antarabangsa.