Menurut Agensi Berita Xinhua China, "Persidangan Usahawan Forum Kerjasama China-Liga Negara Arab" selama 2 hari telah mengadakan sidang peringkat tinggi di Beijing hari ini. Para peserta mencapai kata sepakat bahawa kerjasama anatar China dengan Liga Negara Arab mempunyai masa depan yang cerah dan kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua pihak akan memasuki satu peringkat baru.
Menteri Perdagangan China Bo Xilai dalam sidang tersebut berkata, pada beberapa tahun kebelakangan ini, perdagangan China dengan negara Arab semakin diperluas dan pertukaran barangan juga semakin ditingkatkan.
Beliau berharap kedua-dua pihak terus meningkatkan pelaburan dua hala dan dengan aktif mengkaji cara baru dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan.
|