Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-14 16:14:35    
Media Singapura Sanjung Tinggi Lawatan Wen Jiabao di India

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, akhbar "Lianhe Zaobao" Singapura hari ini menerbitkan rencana pengarang yang bertajuk: "Kerjasama China-India Bermanfaat bagi negara Serantau". Berdasarkan rencana pengarang itu, lawatan Wen Jiabao di India mendorong penjalinan hubungan rakan strategi China-India, ini bukan sahaja bermanfaat bagi kerjasama ekonomi dan perdagangan, pertukaran kebudayaan dan penyelesaian isu sempadan kedua-dua negara tersebut, tetapi juga bermanfaat bagi kemakmuran dan kestabilan serantau.

Berdasarkan rencana pengarang itu, lawatan Wen Jiabao ke India kali ini meletakkan asas yang baik bagi kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara pada masa depan. Kerjasama itu pasti akan bermanfaat bagi kemakmuran dan perkembangan serantau.