Menurut Agensi Berita Xinhua China, atas undangan Kementerian Pertanian Vietnam, beberapa pakar Akademi Sains Pertanian China membawa ubat baru yang dikaji dan dikeluarkan oleh mereka pergi ke Vietnam untuk membantu mencegah perebakan selesema burung di kawasan itu.
Berdasarkan maklumat pakar ubat haiwan Akademi Sains Pertanian China, ubat-ubat tersebut berkesan untuk menghapuskan virus selesema burung. Pada masa ini, pakar China sedang melaksanakan ujian di beberapa ladang ternakan ayam, kilang makanan ternakan dan makmal di Vietnam.
|