Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-14 16:46:39    
Batu Nisan Ayah Terangkan Keadaan Keluarga Cheng Ho

Agensi Berita China

Tentang kelahiran Laksamana Cheng Ho, hanya ada sebuah keterangan sepanjang lebih 30 perkataan tentang riwayat Cheng Ho yang tercatat dalam buku Sejarah Dinasti Ming China. Dalam keterangan itu disebut bahawa Cheng Ho berasal dari Yunnan, China dan dipanggil Sanbao semasa beliau kecil. Dalam keterangan itu tidak disebut keadaan keluarga Cheng Ho. Dan dalam semua buku sejarah China tidak terdapat maklumat tentang keluarga Cheng Ho. Maka, timbul persoalan tetntang keadaan keluarga Cheng Ho sehinggalah batu nisan ayah Cheng Ho ditemui barulah dapat terjawab persoalan itu.

Pengerusi Institut Pengajian Cheng Ho Provinsi Yunnan, Gao Fayuan semasa diwawancara oleh pemberita berkata, penemuan batu nisan ayah Cheng Ho telah menjawab persoalan orang ramai tentang keluarga Cheng Ho selama ini.

Pemberita menyaksikan di lereng sebelah barat Bukit Neiyue di Pekan Kunyang, Kaunti Jinning bahawa di kubur Allahyarham Haji Ma, iaitu ayah Cheng Ho, terdapat tiga batu nisan. Yang di tengah didirikan selepas ayah Cheng Ho meninggal dunia. Walaupun 600 tahun sudah berlalu, tetapi perkataan pada batu nisan itu masih jelas dapat dilihat.

Pada batu nisan itu diukir epigarf Haji Ma. Tulisan ketiga-tiga batu nisan itu menyebut bahawa Cheng Ho ialah anak lelaki kedua Haji Ma. Nenek moyang Cheng Ho berasal dari barat laut China dan Asia Tengah sekarang dan berhijrah ke Yunnan mengikut Genghis Khan semasa tenteranya menawan Yunnan.

Encik Gao Yuanfa ialah Etnik Hui di China. Beliau memberitahu pemberita bahawa datuk dan ayah Cheng Ho pernah pergi ke Mekah untuk menunaikan fardu haji. Selepas mereka menunaikan fardu Haji, orang ramai hanya memanggil nama mereka Haji Ma sahaja.

Beliau menyatakan bahawa nenek moyang Cheng Ho menetap di Kampung Daicun di Yunnan selepas mereka berhijrah ke sana.

Disahkan bahawa nama keluarga nenek Cheng Ho ialah Ma. Nama keluarga ibu Cheng Ho ialah Wen. Cheng Ho dilahirkan pada tahun 1371 di kampung tersebut. Beliau ada seorang abang yang bernama Ma Wenming, seorang kakak dan tiga orang adik perempuan. Oleh sebab Cheng Ho ialah anak ketiga dalam keluarga tersebut, maka beliau dipanggil sanbao, maknanya iaitu anak ketiga.