Wartawan CRI melaporkan, Ekspo Perdagangan Guangzhou ke-97 akan diadakan besok. Sebanyak 8 perusahaan transnational termasuk Syarikat Carrefour Perancis akan menyertai Ekspo tersebut.
Dimaklumkan bahawa gerai pameran Ekspo Guangzhou kali ini berjumlah lebih 28,000 buah, antaranya ruang pameran barangan berjenama meningkat dengan ketara. Sebanyak lebih 100 barang jenama keluaran China akan dipamerkan dalam ekspo tersebut.
Ekspo Guangzhou telah diadakan sejak tahun 1957 dan merupakan ekspo perdagangan terpenting China. Jumlah eksport barangan Ekspo Guangzhou yang diadakan dua kali setahun menempati 10% daripada jumlah eksport perdagangan luar China.
|