Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-14 11:41:50    
China Akan Terus Kekalkan Kestabilan dan Kecepatan Pembangunan Ekonomi

Harian Renmin Ribao
Menurut Berita Harian Renminribao Edisi Seberang Laut hari ini bahawa Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah merasmikan Sidang Tetap Dewan Negara China di Beijing semalam.

Dalam sidang tersebut beliau menegaskan bahawa tugas utama kerajaan sekarang ialah mengekalkan kestabilan dan kecepatan pembangunan ekonomi agar peningkatan atau merosot ekonomi tidak berlaku terlalu besar.

Beliau juga memaklumkan bahawa ekonomi China terus berkembang ke arah yang betul berdasarkan kawalan makro ekonomi. Di samping itu mengekalkan pembangunan ekonomi yang stabil dan cepat.

Beliau juga menegaskan kerajaan akan berusaha meningkatkan pengeluaran hasil pertanian, terus mengawal pelaburan aset tetap, menetapkan pengeluaran dan permintaan arang batu, minyak dan bekalan elektrik serta menyusun semula struktur eksport dan import supaya pembangunan ekonomi lebih stabil dan cepat.