Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-15 12:12:19    
China Tingkatkan Usaha Perlindungan Ekologi Alam Sekitar

CRI

Kerajaan menghadapi tekanan yang besar untuk menyediakan sumber tenaga dan memelihara ekonomi alam sekitar seiring dengan pertumbuhan ekonomi China yang berterusan dan cepat dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Oleh itu, kerajaan China telah meningkatkan usaha secara besar-besaran untuk menangani penggunaan sumber tenaga dan pembuangan bahan kumbahan serta menggalakkan pembangunan perusahaan perkhidmatan dan teknologi canggih yang menggunakan sumber tenaga yang rendah dan tanpa pencemaran. Di samping itu, perusahaan perlindungan ekologi alam sekitar juga mempunyai peluang perkembangan yang lebih cepat di China.

Naib Pengarah Persatuan Perlindungan Ekologi Alam Sekitar China puan Chen Shangqin berkata, sistem perlindungan ekologi alam seskitar China yang diperkenalkan pada awal tahun 1970-an telah dibentuk dengan sempurna dan berefisien tinggi sejak lebih 30 tahun lalu. Terdapat lebih 20 ribu buah perusahaan perlindungan ekologi alam sekitar di China pada masa ini, nilai pengeluaran tahunan perusahaan alam sekitar itu melebihi 230 bilion yuan Renminbi dan purata setiap tahun meningkat 15% . Puan Chen Shangqin berkata kerajaan memainkan peranan penting bagi memandu, menyokong dan menggalakkan pembangunan perusahaan perlindungan ekologi alam ssekitar China. Peraturan pembangunan perusahaan perlindungan ekologi alam sekitar China telah diumumkan, kerajaan telah menetapkan dasar yang standard dan teknologi yang selayaknya untuk menyeragamkan standard pasaran perusahaan tersebut.

Puan Chen berkata kerajaan China telah melaksanakan projek untuk memulihara ekologi alam sekitar di bandar dan kawasan pengairan dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Ini bukan sahaja membantu menangani pencemaran ekologi alam sekitar, tetapi juga membuka pasaran besar bagi pembangunan perusahaan perlindungan alam sekitar.

Syarikat Perlindungan Alam Sekitar Ziguang Qinghua, salah sebuah perusahana perlindungan ekologi alam sekitar yang besar di China bertanggungjawab memulihara pencemaran, khidmat nasihat perlindungan ekologi alam sekitar, melaksanakan kerjasama perdagangan perlindungan ekologi alam sekitar dan lain-lain. Jumlah pelaburan perusahaan itu mencatat lebih 1.1 bilion yuan Renminbi dan jumlah pendapatan tahunannya mencatat lebih 100 juta yuan Renminbi. Ketua Pengarah syarikat tersebut Encik Li Xingwen berkata kami pada masa ini telah membina sebuah zon pembangunan industri ekologi seluas lebih 330 hektar di Qingdao, sebuah bandar di bahagian timur China. Ia merupakan projek yang bermanfaat bagi perusahaan perlindungan ekologi alam sekitar di pelbagai tempat di dunia. Kami mempunyai peluangan untuk berkembang sebagai perusahaan perlindungan ekologi alam sekitar di China.

China telah bekerjasama dengan pertubuhan dan pelabur antarabangsa dalam bidang rawatan air kumbahan dan pelupusan sampah-sarap di bandar, pelepasan asap ekszos kenderaan dan khidmat nasihat tentang perlindungan alam sekitar dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Disamping itu, lebih seratus perusahaan perlindungan ekologi alam sekitar yang terkenal di dunia telah memasuki pasaran perlindungan alam sekitar China.

Perusahaan perlindungan ekologi alam sekitar juga menyediakan banyak kemudahan kepada para pengguna, disamping juga terus meneroka pasaran dalam bidang tersebut. Demi menjimatkan sumber air, kerajaan Beijing pada tahun lalu telah mengambil keputusan menaikan tarif air minuman, termasuk kadar bayaran mencuci kenderaan dan lain-lain.

Dimaklumklan, jumlah pelaburan China dalam bidang perlindungan ekologi alam sekitar mencatat 900 bilion yuan Renminbi. Ini bermakna bahawa pembangunan usaha perlindungan ekologi alam sekitar juga mempunyai peluang perkembangan yang besar.