Menurut berita CRI, Ketua Pengarah Bahagian Dasar Perubatan Kementerian Kesihatan China Encik Wang Yu hari ini di Beijing menyatakan, China akan menyempurnakan sistem jaminan mutu dan keselamatan perubatan untuk memelihara kepentingan pesakit.
Demikian dinyatakan oleh beliau dalam "Forum Mutu dan Keselamatan Perubatan China Antarabangsa" yang dirasmikan di Beijing hari ini. Beliau berkata, kerajaan China akan meningkatkan pentadbiran terhadap badan dan kakitangan perubatan, menggubal lebih banyak peraturan untuk menilai dan menyelia perkhidmatan mereka, beransur-ansur menyempurnakan pelbagai peraturan tentang mutu dan keselamatan perubatan. Beliau menegaskan, China akan meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam bidang tersebut.
|