Menurut Agensi Berita Xinhua China, kerajaan Wilayah Autonomi Tibet China sedang menggunakan sumber alam yang dapat dikitar semula seperti tenaga solar, tenaga angin dan lain-lain.
Berdasarkan maklumat, sumber alam seperti minyak, gas dan arang batu terhad di Tibet, akan tetapi tenaga solar, tenaga angin dan lain-lain kaya di kawasan itu. Kerajaan Tibet melaksanakan projek penerokaan dan penggunaan sumber alam tenaga solar untuk menyelesaikan masalah bekalan elektrik; bekerjasama dengan Program Pembangunan dan Perancangan PBB dan Itali, meneroka dan menggunakan sumber haba bumi dan membina logi jana kuasa elektrik haba bumi terbesar di China; manakala meningkatkan penggunaan tenaga angin di kawasan pertanian dan penggembalaan di kawasan terpencil.
|