Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-18 13:42:37    
Pembantu Rumah Graduan Universiti Mendapat Sambutan Baik di Beijing

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita China baru-baru ini, laman web pembantu rumah Beijing baru-baru menyediakan perkhidmatan pembantu rumah graduan universiti, tidak lama kemudian terdapat lebih 20 pelanggan berhasrat mendapatkan perkhidmatan pembantu rumah tersebut.

Pada 14 Januari 2005, Institut Industri dan Teknologi Vokasional Hebei China menugaskan 16 orang graduan yang berijazah pengurusan rumah tangga moden mengikuti latihan di Beijing selama 2 bulan. Setelah tiba di Beijing, 8 orang daripada graduan tersebut telah ditawarkan kerja oleh para majikan yang berminat dan yang lain juga ditawarkan kerja pada beberapa hari berikutnya.

Kebanyakan majikan tersebut orang kaya termasuk pengurus besar, pemilik perusahaan, perantau Cina, tokoh asing dan lain-lain.

Penganalisis berpendapat bahawa pembantu rumah yang hanya menangani urusan memasak, membasuh pakaian, membersihkan rumah dan menjaga anak sudah tidak dapat memenuhi permintaan masyarakat sekarang, dan para majikan sekarang memerlukan perkhidmatan pembantu rumah yang berpendidikan tinggi.

Seorang pakar telah mengemukakan pendapatnya di halaman hadapan surat khabar, "Ia perkara biasa bagi graduan universiti bertugas sebagai pembantu rumah di negara asing. Kami hanya belum mengatasi konsep lama. Seiring dengan taraf pendapatan meningkat di China, terdapat semakin banyak permintaan terhadap pembantu rumah graduan universiti."

Ada juga pakar berpendapat bahawa jurusan pengurus rumah tangga yang baru ditubuhkan di univerisiti melambangkan kecenderungan moden dan mungkin akan menjadi satu subjek yang popular pada masa depan.

Beijing merupakan metropolitan yang berpenduduk kira-kira 13 juta orang dan terdapat banyak jenis perkhidmatan pembantu rumah, jumlah permintaannya besar dan pasarannya dinamik.

Dimaklumkan bahawa badan perkhidmatan pembantu rumah berjumlah lebih 600 buah di Beijing. Pada masa ini, jumlah keluarga di Beijing memerlukan pembantu rumah kira-kira 150 ribu hingga 200 ribu orang. Tetapi pembantu rumah yang terdapat di Beijing hanya berjumah kira-kira 100 ribu orang.. Tokoh profesional menganalisis bahawa permintaan terhadap pembantu rumah agak besar di Beijing khususnya semasa tempoh cuti perayaan Tahun Baru Cina.

Seorang majikan yang menawarkan kerja kepada rumah graduan universiti berkata, mereka menguasai banyak pengetahuan termasuk pengurusan kewangan keluarga, pendidikan bayi dan kanak-kanak, psikologi dan bahasa Inggeris. Perkhidmatan mereka berfaedah meningkatkan taraf pembantu rumah di Beijing dan berkemampuan memenuhi permintaan keluarga dalam masyarakat moden.

Dimaklumkan bahawa antara 16 orang graduan Institut Industri dan Teknologi Vokasional Hebei China yang berijazah pengurusan rumah tangga, ada yang memperoleh ijazah setiausaha kelas kedua, memiliki lesen memandu, ijazah pengurusan komuniti dan ijazah bahasa Inggeris. Maka mereka menikmati kadar gaji yang agak tinggi iaitu dari 1,200 hingga 1,500 Yuan RMB setiap bulan.

Terdapat seorang ibu mengupah seorang pembantu rumah graduan universiti untuk anak lelakinya semasa tempoh cuti sekolah musim sejuk, dan berasa gembira sekali kerana pembantu rumah tersebut bukan sahaja boleh membantu anaknya belajar tetapi juga boleh menguruskan rumah.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Pembangunan Asia Cawangan China Tang Min memandang tinggi pasaran perkhidmatan pembantu rumah di China, khususnya pembantu rumah graduan universiti. Beliau berpendapat bahawa terdapat ramai penduduk bandar di China berkemampuan mengupah pembantu rumah, tetapi pembantu rumah yang berpendidikan tinggi agak kurang.

----AZMI