Dalam upacara penyampaian Hadiah Kesusasteraan Kunpeng Buruh Petani Muda pertama yang diadakan di Beijing baru-baru ini, Cik Zhao Meiping telah memenangi hadiah kelas kedua pertandingan menulis esei biografi. Baik karyanya ataupun beliau sendiri mencerminkan semangat perjuangan dan berdikari.
Encik Zhang Liyong yang bertugas di kantin Universiti Tsinghua China merupakan buruh sementara yang mempelajari bahasa Inggeris dan mencapai kemajuan tinggi sehingga dikenali oleh siswa-siswi universiti tersebut sebagai "tukang masak hebat yang pandai bahasa Inggeris". Beliau juga berjaya memperoleh ijazah universiti dalam bidang kesusasteraan Inggeris.
Terdapat banyak lagi contoh seumpama cerita tersebut.
Kejayaan mereka mencerminkan bahawa antara hampir 100 juta buruh petani muda di China, terdapat semakin ramai orang yang mempunyai semangat perjuangan, rajin belajar dan bekerja. Mereka bukan sahaja bertugas di bandar untuk mencari rezeki, tetapi juga rajin belajar agar dapat menjadi penduduk bandar yang berpengetahuan, berkeupayaan dan berprospek cerah.
Belajar sendiri merupakan pilihan yang paling baik bagi kaum buruh petani muda. Berbanding kawasan desa, terdapat lebih banyak peluang mengikuti pendidikan di bandar, dan sumber kebudayaannya juga agak banyak. Para buruh petani muda memerlukan semangat belajar yang tinggi. Misalnya, Cik Zhao Meiping pernah mengalami kehidupan yang sukar selama belasan tahun, beliau tidak pernah patah semangat menghadapi kesulitan tersebut dan sebaliknya menjadi semakin gigih. Selain itu, Cik Zhao Meiping juga berusaha membantu ramai orang yang mengalami kesulitan.
Terdapat ramai buruh petani muda bersikap positif dan berdasarkan semangat perjuangan yang gigih berjaya mengubah nasib mereka.
Urbanisasi bandar merupakan dasar kerajaan yang sentiasa dilaksanakan, maka terdapat semakin ramai buruh petani akan mendapat kerja dan tempat tinggal tetap di bandar. Dengan demikian, mereka akan menjadi penduduk bandar yang baru. Kecenderungan itu menyebabkan mereka harus rajin belajar dan meningkatkan taraf pengetahuan. Cik Zhao Meiping merupakan salah seorang antara mereka .
Untuk menjadikan orang ramai seperti Cik ZhaoMeiping, kerajaan bandar harus menyediakan lebih banyak peluang kepada mereka menggunakan lebih banyak kemudahan perpustakaan di bandar.
Encik Qiu Jian, buruh sementara yang bertugas di Agensi Berita Xinhua China, membelanjakan lebih seratus Yuan RMB membeli buku pada beberapa bulan kebelakangan ini, dan jumlah wang tersebut kira-kira 60% daripada semua perbelanjaannya. Tetapi apabila berjalan melalui perpustakaan, beliau sentiasa tidak berani memasuki tempat itu.
Pelbagai lapisan masyarakat termasuk jawatankuasa pengurusan komuniti dan penduduk bandar juga harus menyumbang usaha untuk menyediakan lebih banyak peluang belajar kepada buruh petani.
Terdapat sejumlah buruh petani memberitahu wartawan Agensi Berita Xinhua bahawa mereka berharap penduduk bandar memberikan buku dan TV yang sudah tidak digunakan lagi kepada buruh petani.
Sebenarnya penduduk bandar boleh memberi sumbangan yang banyak kepada buruh petani muda yang berhasrat belajar. Yang paling penting ialah harus terdapat organisasi khusus yang menangani urusan itu agar kedua-dua pihak dapat berbincang dan pengantara komunikasi dapat dibentuk.
Menyediakan syarat belajar untuk buruh petani merupakan satu peluang bagi kerajaan bandar memperbaiki fungsi perkhidmatan kebudayaan.
Terdapat banyak bandar di China sedang meningkatkan peruntukan dana memperbaiki pembinaan kemudahan kebudayaan seperti perpustakaan am agar dapat menjadikannya sebagai tempat belajar yang sesuai kepada rakyat biasa.
----AZMI
|