Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-21 09:40:17    
Taekwando Diminati Ramai di Universiti China

CRI

Terdapat ungkapan China seperti berikut: berlatih pada musim yang paling sejuk dan musim yang paling panas. Pada musim sejuk, cuaca di Beijing sangat sejuk, tetapi para peminat Taekwando memakai pakaian nipis untuk mengadakan latihan.

Warga Korea Selatan biasanya berlatih Taekwando sejak kecil, ini kerana fizikal badan kanak-kanak lebih sesuai berlatih Taekwando berbanding orang dewasa Tetapi kenapa Taekwando sangat popular di kampus universiti China? Disebabkan siswa di universiti berharap melalui latihan Taekwando akan meningkatkan ketabahan diri mereka. Sekarang mari kita mendengar tentang Kelab Taekwando yang diperkenalkan oleh ketua kelab itu Lin Chi,"Sama seperti kenyataan jurulatih kami Kim Jungsek, kami berlatih Taekwando untuk meningkatkan semangatnya. Pada tahun 2002, Encik Kim Jungsek bersama-sama siswa yang berminat belajar Taekwando menubuhkan kelab itu, disebabkan kami berlatih pada masa lapang, kami sukar mencapai tahap atlet profesional."

Lin Chi memberitahu kami bahawa kelab Taekwando itu ditubuhkan oleh Encik Kim Jungsek dari Korea Selatan yang melanjutkan pengajian di Universiti Bahasa-bahasa Asing Beijing dan beberapa mahasiswa di universiti itu. Mereka menerima calong seramai 40 pelajari baru setiap tahun, akan tetapi disebabkan oleh latihan yang keras, hanya tinggal lebih kurang 10 orang sahaja yang layak menyertai ujian tahap tinggi. Disebabkan kesemua peserta tersebut adalah mahasiswa universiti, Encik Kom Jungsek tidak menuntut mereka mencapai tahap atlet profesional, beliau hanya mengajar teknik asas dan semangat Taekwando. Apa yang dimaksudkan dengan semangat Takwando, marilah ikuti keterangan mereka.

Menyihatkan badan, meningkatkan ketabahan diri, mengawal diri sendiri dan berani menentang musuh merupakan semangat Taekwando. Latihan Taekwando yang keras boleh memupuk ketabahan diri. Semasa peringkat awal latihan keras, berhenti merupakan cara yang paling senang dibuat, akan tetapi selain kesukaran itu, saudara tidak boleh memperoleh sesuatu yang lain. Kalau dapat mengekalkan latihan yang sangat keras tersebut, sama seperti kenyataan Encik jurulatih Kim Jungsek saudara boleh mencapai kejayaan rohani. Dalam latihan pada masa biasa, selain mengajar Taekwando, Encik Kim Jungsek juga menceritakan beberapa panduan hidup.

Sehingga sekarang kelab Taekwando tersebut telah melatih lebih 10 pemain Taekwando tinggi, mereka telah bekerja, tetapi latihan Taekwando universiti sangat berfaedah kepada mereka sepanjang hayat.

Antara peserta Taekwando itu, kami mendapati seorang siswa bertahap tinggi, beliau ialah bakal ketua kelab tersebut, Nie Di, pelajar tahun tiga. Beliau berkata, "Saya mula berlatih Taekwando semasa saya belajar di sekolah menengah, tetapi hanya kekal empat bulan. Selepas saya masuk universiti, saya mendapat tahun tentang kelab Taekwando itu dan menyertai mereka. Melalui latihan selama dua tahun setengah, saya mendapat banyak faedah daripada latihan itu."

Melalui latihan yang gigih, Nie Di telah menjadi naib johan pertandingan Taekwando di Univertisi itu pada tahun lalu. Ada orang berpendapat Taekwando bukan acara yang sesuai untuk perempuan. Nie Di berpendapat kalau mereka sendiri berminat tidak perlu memikirkan pandangan orang lain. Beliau juga merakamkan terima kasih atas pemahaman dan sokongan ibu bapanya. Beliau berkata, "Bagi seorang pemudi, sokongan ibubapa sangat penting. Semasa saya pertama kali menyertai pertandingan, saya berasa sangat risau, ibu bapa saya menemani saya, baru saya berasa tenang dan menumpukan perhatian dalam pertandingan."