Menurut berita CRI, Seminar Pencegahan dan Kawalan Perebakan Wabak Selesema Burung Negara ASEAN yang dianjurkan oleh Kongres Kebangsaan Thailand telah diadakan di Bangkok hari ini dengan tema "pencegahan dan dasar".
Naib Pengerusi Kongres Kebangsaan Thailand, Suchon Chaleekure ketika menyampaikan ucapan dalam upacara perasmian menyatakan, tujuan mengadakan seminar kali ini adalah untuk mendorong penubuhan mekanisme perundangan dalam usaha mencegah dan mengawal wabak selesema burung di pelbagai negara, kawasan bahkan seluruh dunia, agar mencegah wabak itu dengan berkesan.
|