|
Pada 600 tahun yang lalu, Laksamana Cheng Ho pernah mengetuai armada berlayar ke Thailand. Baru-baru ini, wartawan telah membuat liputan di negara tersebut. Di mana-mana sahaja di Thailand, wartawan dapat menyaksikan adat resam rakyat di bahagian selatan China, antaranya tarian naga dan singa, guntingan kertas, menjawab teka-teki, membaca puisi, minum teh dan lain-lain. Justeru sebagaimana yang dikatakan oleh sarjana Thailand, bahawa Laksamana Cheng Ho telah mengetuai armada berlayar ke Asia dan Afrika, beliau telah membawa adat resam rakyat China ke negeri-negeri yang dilawatinya, beliau telah memainkan peranan besar menggalakkan perkembangan budaya di pelbagai negeri pada zaman itu.
Pakar Institut Penyelidikan Cheng Ho Thailand, Encik Chen Wen menyatakan, Laksamana Cheng Ho mengetuai armada berlayar ke Asia dan Afrika telah membuka laluan laut antara China dengan luar negeri dan juga memperkenalkan adat resam masyarakat China ke negeri-negeri lain. Pada 600 tahun yang lalu, banyak sarjana budaya yang mengikuti Cheng Ho dalam pelayaran tersebut telah menetap di Thailand, mereka tinggal di kawasan komuniti orang Cina yang terletak di kawasan hadapan Kuil Sam Bao Gong. Sarjana tersebut membuka sekolah swasta untuk mengajar pelajar tempatan, menyelenggarakan pesta rumah berhala untuk mempersembahkan acara kesenian, menjawab teka teki dan melukis lukisan, sehingga budaya dan adat resam China telah tersebar di Thailand.
Encik Chen Wen memaklumkan, cerita tentang pegawai pengiring Cheng Ho membuka sekolah, memperkenalkan adat resam dan budaya di komuniti orang Cina di Thailand tercatat dalam buku sejarah bahasa Thailand dan Mandarin. Sarjana yang menyertai Cheng Ho dalam pelayaran tersebut, ada yang telah menetap di Thailand, kebanyakan mereka dari provinsi Jiangsu dan Zhejiang sekarang. Aktiviti budaya mereka juga mempengaruhi penduduk Thailand. Boleh dipastikan, konon gaya hidup dan adat resam seharian penduduk di negara-negara barat juga sangat dipengaruhi oleh adat resam penduduk bahagian selatan China.
Laksamana Cheng Ho mengetuai armada berlayar ke Asia dan Afrika juga menyebabkan rakyat di pelbagai negeri tersebut kagum dengan kehebatan China dan menghormati adat resam orang Cina. Jika orang Cina mabuk di jalan-jalan kerana minum terlalu banyak arak, ada orang tempatan akan menghantarnya balik ke rumah, banyak gadis tempatan juga telah berkahwin dengan teruna orang Cina.
Selepas Cheng Ho dan armadanya berlayar ke Asia dan Afrika, majlis perkahwinan dan pengebumian orang China juga beransur-ansur dicontohi oleh rakyat pelbagai negeri lain. Adat resam rakyat China yang menggunakan keranda untuk mengebumikan mayat sangat mempengaruhi rakyat barat dan telah memainkan peranan pendorong bagi pembaharuan sistem majlis pengebumian pelbagai negara barat.
Laksamana Cheng Ho juga membawa kalender ke pelbagai negara barat, sehubungan itu, perayaan tradisional China juga diketahui oleh rakyat negara lain, sehingga rakyat di sana telah mengubah konsep mereka tentang penggunaan masa, ini juga memainkan peranan besar untuk membaharui adat resam dan budaya pelbagai negara barat.
Sarjana dalam dan luar negara berpendapat, bahawa Cheng Ho dan armadanya berlayar ke Asia dan Afrika telah menggabungkan adat resam dan budaya China ke negeri lain, ini dapat dilihat dalam pelbagai aspek kehidupan ratusan ribu keluarga, pengaruhnya berterusan beberapa abad dan memberi sumbangan yang besar bagi perkembangan tamadun Asia Tenggara dan masyarakat dunia.
|