Menurut Harian Renmin Ribao China, wartawan dimaklumkan oleh Jawatankuasa Kawalan Aset Milik Negara China semalam, bahawa jumlah keuntungan perusahaan besar milik negara yang dikawal secara langsung oleh jawatankuasa tersebut mencatat lebih 140 bilion yuan Renminbi pada tiga bulan pertama tahun ini dan meningkat lebih 31% berbanding tahun lalu dalam tempoh yang sama.
Dimaklumkan, perusahaan besar milik negara pada tiga bulan pertama tahun ini melaksanakan dasar kawalan makro, jumlah pengeluaran barangan telah meningkat dengan cepat.
|