Menurut berita CRI, Jurucakap Jabatan Statistik Negara China, Zheng Jingping hari ini di Beijing menyatakan, harga barang penggunaan penduduk China pada suku pertama tahun ini telah meningkat 2.8% berbanding masa yang sama tahun lalu.
Beliau berkata, harga minyak dan bahan mentah yang tinggi di pasaran antarabangsa, serta skop pelaburan aset tetap perusahaan besar di China telah menyebabkan harga barang penggunaan penduduk China meningkat tinggi. Namun, harga barang stabil dalam lingkungan yang boleh diterima oleh orang ramai.
|