Setelah Forum Asia Boao diadakan di provinsi Hainan China pada tahun 2000, ekonomi pameran di provinsi itu berkembang baik dan banyak mendorong pembangunan industri pelancongan Hainan.
Ekonomi pameran sudah menjadi komponen penting dalam industri pelancongan Hainan. Setelah Forum Asia Boao ditetapkan diadakan di Hainan setiap tahun, banyak sidang tahunan, ekspo, seminar dan lain-lain juga diadakan di Hainan. Sebanyak 331 sidang antarabangsa diadakan di pekan Boao sejak tahun 2000.
Berdasarkan statistik bahawa dalam tempoh sidang diadakan dan Minggu Emas, jumlah pelancong dan peserta mencapai kira-kira 5.2 juta orang dan kadar penggunaan hotel mencapai lebih 90%, meningkat 30% berbanding biasa.
Perkembangan ekonomi pameran juga memangkin penyempurnaan infrastruktur industri pelancongan Hainan. Kerajaan tempatan semakin mementingkan perkembangan industri berkaitan ekonomi pameran, peruntukan kerajaan dan pelaburan kalangan swasta juga memberi sokongan kewangan kepada penyempurnaan infrastruktur.
Selain itu, banyak sidang diadakan di Hainan juga memainkan peranan positif untuk mengubah konsep dan pendirian penduduk tempatan. Penduduk di pekan Boao mengusahakan industri perikanan pada masa dahulu, setelah Forum Asia Boao diadakan pada tahun 2000, sebanyak 32 rumah penginapan dan beberapa puluh buah restoran dibuka dan semakin ramai orang berkecimpung dalam industri ketiga.
Dengan adanya suasana yang sempurna boleh menarik lebih banyak sidang diadakan di Hainan dan sidang itu juga boleh memangkin perkembangan industri pelancongan provinsi itu.
Perkembangan ekonomi pameran telah meningkatkan kemasyhuran Hainan dan memanfaatkan industri pelancongan Hainan. Peningkatkan kemasyhuran Hainan juga membawa keuntungan kepadanya. Selain menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negara, Hainan juga menarik ramai pedagang melabur di Hainan dan ini banyak menggalakkan pembangunan ekonomi Hainan.
|