Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-20 14:04:31    
Sidang Menteri-Menteri Luar Asia-Afrika Diadakan di Indonesia

CRI

Menurut berita CRI, Sidang Menteri-Menteri Luar Asia-Afrika yang berlangsung selama sehari telah diadakan di Jakarta, Indonesia pagi tadi. Sidang tersebut telah membincangkan pelbagai topik termasuk penjalinan hubungan rakan strategik yang baru Asia-Afrika, dan persiapan bagi Sidang Kemuncak Asia-Afrika kedua yang akan bermulak pada 22 April ini.

Menteri Luar Indonesia, Dr. N. Hassan Wirajuda dalam majlis perasmian berkata, Sidang Bandung yang diadakan pada 50 tahun yang lalu telah menunjukkan semangat rakyat Asia dan Afrika yang menganjurkan perpaduan, kebebasan dan keadilan.

Menteri Luar Afrika Selatan yang juga merupakan salah satu penganjur Sidang Kemuncak Asia-Afrika kali ini, Puan Nkosazana Dlamini Zuma dalam majlis itu berkata, memandangkan pembangunan negara selatan-utara tidak seimbang, kita harus menjadikan semangat Bandung sebagai tindakan realistik yang berkesan, menghapuskan kemiskinan, memangkin kemakmuran dan mendorong pembangunan politik dan ekonomi dunia menuju ke arah yang lebih rasional.

Ketua Bahagian Asia Kementerian Luar China Cui Tiankai sebagai wakil Menteri Luar China Li Zhaoxing menghadiri sidang tersebut.