Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-20 16:57:00    
Hu Jintao Adakan Rundingan dengan Sultan Brunei Darussalam

CRI

Menurut berita CRI, Presiden China Hu Jintao mengadakan rundingan dengan Sultan Brunei Darussalam Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Haji Hassanal Bolkiah hari ini, kedua-dua negara bertukar-tukar pandangan tentang hubungan dua hala dan masalah rantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama di Istana Brunei Darussalam.

Selepas tiba di Brunei Darussalam, Hu Jintao langsung pergi ke Istana untuk mengadakan rundingan tersebut. Sebelum itu, Sultan Brunei Darussalam Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Haji Hassanal Bolkiah mengadakan upacara sambutan secara besar-besaran dan menganugerahkan "pingat diraja" kepada Presiden Hu Jintao.