Menurut Agensi Berita Xinhua China, Kementerian Hal-Ehwal Dalam negeri Myanmar semalam memaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Perdamaian dan Pembangunan Negara Myanmar General Than Shwe telah mengumumkan kumpulan Pemisah etnik Dan sebagai pertubuhan haram.
Menurut media massa barat yang lain, sebuah kumpulan etnik Dan pada 17 April mengumumkan kerajaan Persekutuan Etnik Dan telah ditubuhkan dan mengisytiharkan provinsi etnik tersebut keluar daripada Persekutuan Myanmar.
Kerajaan tentera Myanmar berusaha melaksanakan dasar persepakatan nasional sejak berkuasa pada tahun 1988, setakat ini terdapat 17 pertubuhan bersenjata etnik minoriti antikerajaan telah mewujudkan gencatan senjata dengan kerajaan. Akan tetapi, terdapat beberapa pertubuhan bersenjata antikerajaan masih berkonflik dengan kerajaan.
|