Menurut berita CRI, Presiden China Hu Jintao mengakhiri lawatan di Brunei Darussalam hari ini dan meninggalkan Bandar Seri Begawan ke Indonesia. Beliau juga akan menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Afrika 2005 dan aktiviti sambuatan ulang tahun ke-50 sidang Bandung.
Hu Jintao menyampaikan ucapan bertulis di lapangan terbang, beliau berkata China-Indonesia merupakan jiran baik, kedua-dua negara harus memainkan peranan penting bagi keamanan dan perkembangan rantau dan dunia. China bersedia berusaha bersama-sama Indonesia mendorong perkembangan hubungan kedua-dua negara.
Dalam tempoh lawatan di Brunei Darussalam, Presiden China, Hu Jintao berharap usahawa China dan Brunei Darussalam berusaha mendorong kerjasama ekonomi dan perdagangan agar mencapai kemajuan yang baru.
Demikian dinyatakan oleh Hu Jintao ketika menghadiri jamuan sambutan yang dianjurkan oleh Persatuan Persahabatan Brunei Darussalam-China.
Pengerusi persatuan itu, Kamaruddin menyatakan kerjasama ekonomi dan perdagangan akan mendorong lagi perkembangan hubungan kedua-dua negara.
|