Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-21 12:39:21    
KDNK China pada Suku Tahun Pertama Meningkat 9.5%

CRI
Jurucakap Jabatan Statistik Negara China, Zheng Jingping semalam di Beijing berkata, Keluaran Dalam Negara Kasar China pada suku tahun pertama tahun ini meningkat 9.5% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Pelaburan aset tetap banyak menurun, jumlah jualan runcit barangan penggunaan masyarakat meningkat dengan stabil dan hasil kawalan makro diperkukuh.

Zheng Jingping dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Jabaatn Penerangan Dewan Negara China semalam berkata, berdasarkan statistik kasar, Keluaran Dalam Negara Kasar China pada suku tahun pertama tahun ini mencapai lebih 3100 bilion yuan RMB, meningkat 9.5% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Dalam tempoh itu, pengeluaran industri China berkembang pesat dan pengeluaran barangan teknologi tinggi seperti komputer, telefon mudah alih dan lain-lain banyak meningkat. Situasi pengeluaran pertanian agak baik dan keluasan tanah pertanian banyak bertambah. Dalam tempoh itu, jumlah import-eksport China mencapai kira-kira 300 bilion dolar Amerika, meningkat lebih 20% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Rizab wang asing China mencapai lebih 650 bilion dolar Amerika. Manakala pendapatan penduduk China juga banyak bertambah.

Apabila menganalisis pengoperasian ekonomi China pada suku tahun pertama tahun ini, Zheng Jingping berpendapat, skop pelaburan aset tetap China masih banyak. Dalam tempoh tersebut, pelaburan aset tetap China mencatat hampir 1100 bilion yuan RMB, meningkat 23% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Beliau menambah, walaupun pelaburan aset tetap China masih banyak, tetapi kadar pertumbuhannya lebih rendah berbanding tahun 2004.

Di samping itu, permintaan penggunaan penduduk China meningkat dengan stabil. Jualan runcit China dalam suku tahun pertama berjumlah lebih 1500 bilion yuan RMB, meningkat 11.9%. Zheng Jingping berpendapat, ini mencerminkan bahawa peranan penggunaan dalam pertumbuhan ekonomi China semakin penting.

Encik Zheng juga telah menganalisis pengoperasian ekonomi China. Beliau berkata, walaupun taraf harga penggunaan penduduk China dalam suku tahun pertama hanya meningkat 2.8%, tetapi ini juga memerlukan penyeliaan teliti. Kerajaan China menumpukan perhatian terhadap perubahan harga penggunaan penduduk.

Zheng Jingping dalam sidang akhbar tersebut juga telah menjawab pertanyaan wartawan tentang pasaran hartanah China, import-eksport sumber tenaga dan masalah peningkatan pendapatan petani.