Menurut berita CRI, atas undangan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, Presiden China Hu Jintao tiba di Jakarta petang tadi dan memulakan lawatan rasmi ke negara itu. Beliau juga akan menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Afrika 2005 dan aktiviti sambuatan ulang tahun ke-50 sidang Bandung.
Hu Jintao menyampaikan ucapan bertulis di lapangan terbang, beliau berkata China-Indonesia merupakan jiran baik, kedua-dua negara harus memainkan peranan penting bagi keamanan dan perkembangan rantau dan dunia. China bersedia berusaha bersama-sama Indonesia mendorong perkembangan hubungan kedua-dua negara.
|