Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-21 10:51:23    
CEPA Sediakan Peluang Eksport Porduk Makau

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Wartawan dimaklumkan oleh Jabatan Ekonomi Wilayah Pentadbiran Khas Makau semalam, penandatanganan CEPA menyediakan lebih banyak peluang kepada Makau memasarkan produknya memasuki pasaran Tanah Besar China, jumlah barangan yang dieksport oleh Makau ke Tanah Besar China pada tiga bulan pertama tahun ini mencatat 1.7 kali ganda daripada tahun lalu.

Barangan yang dieksport oleh Makau tahun ini berdasarkan "Perjanjian Usaha Sama Ekonomi Lebih Erat Antara Tanah Besar China Dengan Makau" bukan sahaja telah meningkat, tetapi juga jenis barangan tersebut telah bertambah banyak.