Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-21 14:47:32    
Semangat Bandung Masih Berdinamik

CRI
Menurut berita CRI, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 Sidang Bandung. Sidang Kemuncak ke-2 Asia-Afrika akan diadakan di Jakarta, Indonesia dari 22 sehingga 23 April nanti, dan majlis ulang tahun ke-50 Sidang Bandung juga akan diadakan di Bandung pada 24 April nanti. Pemimpin dari beberapa puluh negara di Asia-Afrika akan mengadakan pertemuan. Semangat perpaduan dan kerjasama Sidang Bandung tetap memperlihat daya hidup yang kuat.

Sidang Bandung diadakan di Bandung, Indonesia dari 18 sehingga 24 tahun 1955, dan 304 orang wakil dari 29 negara dan kawasan telah menyertai sidang itu. Ini adalah pertama kali negara Asia-Afrika secara sendiri mengadakan sidang antarabangsa. Sidang Bandung meluluskan "Perisytiharan Galakan Perdamaian dan Kerjasama Dunia", dan mengemukakan 10 prinsip untuk menangani hubungan negara membangun dengan negara maju berdasarkan 5 prinsip hidup bersama secara damai. Dan ini merupakan sumbangan besar negara Asia dan Afrika terhadap hubungan antarabangsa. Semangat perpaduan, anti imperialisme dan anti konolialisme, memperjuangkan dan memelihara kemerdekaan bangsa, menjaga perdamaian dunia dan meningkatkan persahabatan pelbagai negara itulah "Semangat Bandung". Sehingga kini, semangat itu tidak ketinggalan zaman, dan mempunyai erti yang lebih penting.

Sekarang, proses damai dan pembangunan tetap menghadapi pelbagai cabaran. Di satu pihak, kuasa besar A.S. semakin mengamalkan dasar sepihak, dan di pihak lain, globalisasi ekonomi dan integrasi kawasan tidak mendatangkan faedah kepada dunia. Negara-negara membangun bukan saja tidak mendapat keuntungan, malahan dijejaskan. Oleh itu, masyarakat antarabangsa, terutamanya negara membangun menyeru supaya mendirikan order politik dan ekonomi antarabangsa baru.

Menghadapi masalah tersebut, "Semangat Bandung" sangat bererti, kerana hakikat semangat itu adalah anti imperialisme dan anti konolialisme, anti hegemonisme, berdikari, hidup bersama secara damai, dan berkembang bersama-sama. Ia menjadi asas semangat untuk mendirikan order politik dan ekonomi antarabangsa yang adil dan rasional. Kita harus mementingkan dan mengembangkan "Semangat Bandung".