Sidang tahunan "Forum Peringkat Tinggi Pembangunan China" selama dua hari telah ditutup di Beijing baru-baru ini. Dalam sidang kali ini, sama ada ekonomi China dapat terus berkembang dengan cepat dan sihat atau tidak menjadi topik utama yang dibincangkan dalam sidang tahunan itu. Tokoh-tokoh ekonomi China dan luar negara yang menyertai sidang itu berpendapat, China mempunyai tenaga penggalak yang kuat untuk memangkin ekononi berkembang secara berterusan, cepat dan sihat dan kadar pertumbuhan ekonomi purata tahunan China boleh mencapai 8% pada beberapa tahun akan datang.
Pada 20 tahun yang lalu, kadar pertumbuhan ekonomi China kekal lebehi 9% menjadikan China salah sebuah negara yang paling cepat kadar pertumbuhan ekonomnya di dunia. Masyarakat antarabangsa berpendapat, Pembangunan dan Pertumbuhan ekonominya China menjadi satu satu faktor yang penting bagi mendorong ekonomi dunia.
Naib Menteri Pusat Pengkajian Pembangunan Dewan Negara China Encik Sun Xiaoyu memaklumkan, pada tahun-tahun kebelakangan ini, proses industrialisasi dan urbanisasi China telah dipercepat, banyak perusahaan sejagat membuka cawangan syarikat mereka di China dan faktor-faktor yang lain telah mendorong perkembangan ekonomi China. Katanya, faktor tersebut masih merupakan tenaga penggalak utama yang mendorong ekonomi China berkembang dengan cepat.
Beliau berkata: "Pada tempoh 5 hingga 15 tahun akan datang, perkembangan industrialisasi dan urbanisasi China akan dipercepat dan pembangunan infrastruktur di bandar dan desa akan dilaksanakan secara besar-besaran, ini akan menyediakan banyak peluang kepada pelabur. Selain itu, pendapatan rakyat telah bertambah, menyebabkan permintaan terhadap barangan meningkat dan merangsang pengeluaran. Kadar Pertumbuhan ekonomi China yang tinggi akan terus berkekalan kerana wujud pasaran yang luas dalam negara, sumber tenaga manusia yang mencukupi, kadar simpanan wang penduduk yang tinggi di bank dan keupayaan penciptaan teknologi tinggi dan lain-lain."
Ketua Pengarah HSBC Holdings Encik John Bond juga berpendapat, pada 5 tahun yang lalu, pembangunan ekonomi China telah mencapai kejayaan yang besar, akan tetapi, selepas langkah pembaharuan dipercepat, ekonomi China akan terus berkembang dengan cepat.
Baliau berkata: "Tahun ini merupakan tahun akhir Rancangan Lima Tahun ke-10 pembangunan sosioekonomi China dilaksanakan, pada 5 tahun yang lalu, ekonomi China mencapai kadar pertumbuhan yang tinggi dan juga telah menyekat kepanasan ekonomi. Kerajaan China juga berazam mengatasi cabaran baru dalam rancangan pembanguan 5 tahun seterusnya".
Berdasarkan laporan terkini Pusat Pengkajian Pembangunan Dewan Negara China, pada beberapa tahun akan datang, kadar pertumbuhan ekonomi purata tahunan China akan kekal pada kadar kira-kira 8%. Pada tahun 2010, KDNK China akan melebihi 2 ribu bilion dolar Amerika dan KDNK purata setiap orang mencatat 1700 dolar Amerika.
Walaupun tokoh-tokoh ekonomi China dan luar negara optimis terhadap prospek perkembangan ekonomi China, tetapi mereka juga menjelaskan bahawa wujud beberapa masalah dalam perkembangan ekonomi China, jika masalah itu tidak dapat diselesaikan dengan baik, perkembangan ekonomi China yang cepat mungkin tidak dapat dicapai.
Pegawai Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China Encik Han Wenxiu berpendapat, untuk memastikan ekonomi China berkembang dengan cepat, China mesti mengatasi 4 masalah berikut iaitu sumber tenaga, perlindungan alam sekitar, gaji tenaga pekerja serta pembaharuan teknologi.
Yang penting ialah, masalah tersebut telah mendapat perhatian kerajaan China. Naib Perdana Menteri China Zeng Peiyan ketika memperkatakan penyelesaian masalah tersebut berkata: "Kami akan berusaha mewujudkan perkembangan industrialisasi yang kurang penggunaan sumber tenaga dan mengawal pencemaran alam sekitar, mengembangkan putaran ekonomi dan membangun masyarakat yang berjimat-cermat. Serentak itu, kami juga akan mempercepat perkembangan sains dan teknologi, pendidikan, kebudayaan, kesihatan dan kesukanan dan terus meningkatkan taraf hidup rakyat".
Tokoh-tokoh ekonomi China dan luar negara yang menyertai forum tersebut berpendapat, perkembangan ekonomi China akan membawa pengaruh yang lebih besar terhadap ekonomi dunia dan terus menyediakan pasaran yang luas dan peluang pelaburan yang banyak kepada negara-negara yang lain. Ketua Pengarah HSBC Holdings Encik John Bond berkata: " Pada 25 tahun yang lalu, China membuka pintu pasaran ekonominya, dalam proses itu, China telah mengatasi Jepun dan menjadi negara ekonomi yang ketiga terbesar di dunia. Pada masa 25 tahun yang akan datang, pengaruh ekonomi China terhadap dunia lebih besar berbanding masa ini. Saya yakin, China akan dapat mengatasi cabaran dengan kemampuan sendiri dan mencapai kejayaan yang cemerlang".
---- Wang Ling
|