Menurut laporan Agensi Berita Xinhua China, kekuatan bersepadu China serta pengaruhnya di arena antarabangsa terus meningkat semenjak pelaksanaan dasar pembaharuan dan buka pintu. Berdasarkan statisktik, pertumbuhan KDNK purata tahunan China mencatat 9.4% dalam tempoh tahun 1978 hingga tahun 2004. Ekonomi China yang berkembang pesat telah menyediakan peluang yang baik kepada peniaga Cina dari negara lain melabur di Tanah Besar China.
Berdasarkan statistik, terdapat sebanyak 509 ribu buah perusahaan pelaburan asing telah melabur di China semenjak tahun 1978, dan jumlah penggunaan modal asing mencapai 562.1 bilion Dolar Amerika, antaranya 60% perusahaan adalah milik peniaga Cina dari negara lain. Mereka telah mendapat keuntungan yang besar melalui pelaburan mereka di China dan juga berjaya memasuki pasaran antarabangsa.
Kumpulan Charoen Pokphand yang dimiliki oleh peniaga Cina di Thailand mulai melabur di China pada tahun 1980-an, kini mereka telah menubuhkan lebih 200 cawangan syarikat itu di China dan jumlah perniagaannya mencapai 30 bilion Yuan Renminbi. Ketua Pengarah Kumpulan Charoen Pokphand, Dhanin Cheavravanot menyatakan pelaburan mereka di China merupakan strategi yang boleh mencapai kejayaan bersama.
Perjanjian Rangka Kerjasama Ekonomi secara Menyeluruh China-ASEAN telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada November 2002 untuk menubuhkan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN. Ini akan menyediakan peluang kepada peniaga Cina di negara ASEAN untuk meningkatkan pelaburan mereka di China. Pelaburan itu juga berfaedah bagi perusahan China memasuki pasaran antarabangsa.
Pengerusi Persatuan Perantau Kebangsaan China, Lin Zhaoshu ketika diwawancara baru-baru ini menyatakan, dasar luar damai dan bersahabat yang diamalkan oleh China dihormati oleh negara-negara jiran, ini telah menyediakan iklim yang baik kepada peniaga Cina dari negara lain melabur di China.
|