Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-25 14:54:53    
Pengenalan tentang Kehidupan Bahagia Beberapa Warga Asing di Bandar Tianjin China

Agensi Berita Xinhua China

Tianjin terletak di bahagian timur China dan merupakan salah sebuah pelabuhan yang paling penting dalam sejarah China. Pada masa ini, seiring dengan pelaksanaan dasar buka pintu dipercepat di Tianjin, terdapat semakin ramai warga asing belajar dan bertugas di bandar itu.

Encik Cameron dan isterinya Puan Shelly ialah warga Kanada. Pada 2 tahun yang lalu, mereka mulai bertugas sebagai guru bahasa Inggeris di Sekolah Binhai Tianjin. Sebelum datang ke Tianjin, mereka berasa bimbang tentang keselesaan hidup di China dan juga bimbang akan kesukaran tinggal di sini disebabkan perbezaan budaya dan kebiasaan cara hidup.

Encik Cameron berkata kepada wartawan CRI bahawa setelah tiba di Tianjin, mereka mendapati persekitaran kerja dan syarat hidup lebih baik daripada yang dibayangkan oleh mereka. Di Tianjin terdapat begitu banyak pusat membeli-belah, restoran, bar dan hospital serta sekolah yang bertaraf tinggi. Mereka berasa Tianjin hampir sama dengan Ottawa kampung halaman mereka.

Encik Cameron berkata, "Kami berasa sangat gembira semasa berjalan-jalan pada pagi pertama setelah tiba di bandar ini. Kami berjumpa sebuah taman yang luas terdapat banyak pokok dan rumput, penduduk tempatan beriadah di sana dan kami berasa agak selesa."

Pada masa lapang, Encik Cameron dan Puan Shelly sering berjalan-jalan, atau bersenam di pusat riadah, atau minum kopi di Starbuck. Sebenarnya mereka paling suka mencuba makanan sedap di Tianjin. Bandar ini berhampiran dengan pantai dan mereka sering menikmati pelbagai makanan laut yang dimasak dengan cara China.

Bandar Tianjin yang indah itu juga menarik Encik Michael J Layden dari A.S. datang ke sana. Beliau berumur 50 tahun dan suka mengumpul setem daripada pelbagai negara. Pada belasan tahun yang lalu, Michael J Layden berkenalan dengan Cik Xu Zhongyu, seorang gadis China yang cantik yang melanjutkan pengajian di Hawaii. Mereka kemudiannya berkahwin dan Michael J Layden turut mengikuti isterinya kembali ke kampung halamannya di Tianjin pada tahun 1991. Sejak itu, Michael J Layden memulakan kajian tentang sejarah pos China dan sejarah serta kebudayaan bandar Tianjin. Beliau berkata, "Cerita dalam kehidupan rakyat dicatatkan dalam sejarah pos. Kita boleh mengetahui cerita yang pernah terjadi melalui surat. Saya telah mengetahui banyak keadaan di Tianjin melalui kajian tentang sejarah pos di bandar ini. Setelah mendapat semakin banyak maklumat, saya berpendapat Tianjin mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam sejarah China dan dalam bidang diplomatik China."

Cik Wilson yang berumur lebih 20 tahun datang dari New York A.S.. Pada 2 tahun yang lalu setelah menamatkan pengajian fisioterapi di universiti di tanah airnya, Cik Wilson yang ditawarkan bertugas di Pusat Kebajikan Kanak-kanak Tianjin telah menerima tawaran tersebut. Beliau tekun menjalankan tugasnya merawat setiap kanak-kanak cacat dan anak-anak yatim di Pusat Kebajikan tersebut. Beliau menilai tahap kecegasan setiap pesakit dan menetapkan rancangan rawatan untuk mereka. Beliau berkata, "Semasa menangani rawatan kecergasan kanak-kanak di rumah kebajikan itu, saya dapati beberapa kanak-kanak mengidap penyakit yang saya tidak ketahui pada masa dahulu. Saya membawa mereka mendapatkan rawatan dan pergi ke kedai membeli-belah. Pengalaman seumpama itu sukar saya lupakan."

Teman sekerja Cik Wilson Puan Zhang Jing yang juga bertugas di Pusat Kebajikan Kanak-kanak Tianjin berkata, "Pada awalnya, saya berfikir bolehkah gadis asing yang cantik itu sesuai bertugas di sini? Tetapi setelah bekerjasama dengannya selama 2 tahun, saya mendapati beliau berjaya menyesuaikan diri dengan persekitaran di sini."

----AZMI