Encik Zhang Guoguang menganggur pada tujuh tahun yang lalu. Beliau tidak mendapat kerja tetap selepas itu. Bebannya amat berat kerana beliau harus menyara ibunya yang berusia lebih 90 tahun, isterinya tidak bekerja dan anaknya pula bersekolah. Pada bulan Ogos tahun 2004, encik Zhang Guoguang yang berusia 50 tahun mendapat semula kerja di kawasan bandar Nankai di bandar Tianjin, beliau kini mendapat semula kemudahan insurans sosial seperti insurans hayat dan perubatan. Beliau amat gembira kerana tidak menjadi penganggur lagi.
Sejak dasar pembaharuan dan buka pintu diamalkan di China, seiring dengan pertumbuhan ekonomi, taraf urbanisasi desa di bandar Tianjin juga semakin meningkat. Akan tetapi, ketidakseimbangan antara kumpulan penduduk yang taraf hidupnya berlainan di bandar, antara bandar dan desa juga semakin ketara. Para penganggur seumpama encik Zhang Guoguang, seperti pekerja yang bertugas di perusahaan yang mengalami kesukaran, penganggur di bandar dan petani yang tanahnya digunakan oleh kerajaan menjadi kumpulan penduduk baru yang mengalami kesukaran kerana pendapatan yang diperoleh mereka tidak stabil, tambahan pula sistem insurans sosial China kurang lengkap.
Untuk menyelesaikan kesukaran mereka, pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan bandar Tianjin berusaha untuk meningkatkan jaminan sosial, memperuntukkan 60% ke atas kewangan untuk membangunkan sistem jaminan sosial dan terus mengeluarkan dasar untuk menjamin keadilan sosial.
Mendapat peluang kerja merupakan syarat asas jaminan meningkatkan taraf hidup. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, badan kewangan pelbagai peringkat di bandar Tianjin memperuntukkan sejumlah besar wang bantuan dalam bidang jaminan sosial, mengurangkan kos badan penggunaan tenaga kerja agar pekerja yang mengalami kesukaran memperoleh pendapatan yang stabil setelah mendapat semula kerja. Sebanyak lebih 300 perusahaan telah diselenggarakan di seluruh bandar Tianjin untuk menyediakan peluang kerja kepada penganggur. Perusahaan tersebut terlibat dalam 9 bidang seperti kebajikan umum seperti kawalan keselamatan di kawasan kediaman penduduk, pengurusan komunikasi, pengurusan komuniti, kawalan ekologi alam sekitar dan lain-lain. Jabatan kewangan kerajaan pelbagai peringkat juga menyediakan gaji subsidi dan insurans sosial sebanyak 120 juta Yuan RMB untuk menyediakan peluang kerja kepada 37 ribu penganggur yang menghadapi kesukaran paling serius seperti encik Zhang Guoguan. Badan buruh dan jaminan sosial bandar Tianjin juga melaksanakan dasar khas, agar penganggur tersebut mendapat subsidi insurans hayat, pengangguran dan perubatan.
Setelah tindakan tersebut dilaksanakan, di bandar Tianjin, bandar industri lama yang jumlah penduduknya mencatat lebih 10 juta orang itu, jumlah penganggur yang tidak mendapat kerja yang tetap dan memperoleh pendapatan yang stabil mulai berkurangan dan jumlahnya hanya berbaki lebih 40 ribu orang sahaja.
Kebanyakan orang yang mengalami kesukaran di bandar adalah pekerja yang bertugas di perusahaan milik negara yang mengalami kesukaran dan mereka yang sudah bersara. Disebabkan perusahaan tersebut tidak mampu menyediakan insurans perubatan, pekerja tersebut tidak mampu membayar kos perubatan, dan ramai antara mereka mengalami kehidupan yang susah kerana menghidap penyakit. Pada tahun yang lalu, insurans perubatan disediakan oleh kerajaan bandar Tianjin kepada 250 ribu orang yang mereka sudah bersara dan 43 ribu pekerja yang sedang bertugas berdasarkan tahap kesukaran yang dihadapi oleh perusahaan mereka.
Selain itu, kerajaan bandar Tianjin membentuk sistem jaminan sosial terhadap petani yang tanah mereka digunakan oleh kerajaan pada akhir tahun 2004, agar petani yang memenuhi syarat menyertai insurans hayat dan menikmati dasar keutamaan semasa mendapat semula kerja.
----Ching
|