Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-25 15:51:25    
Aktiviti Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Sidang Bandung Diadakan

CRI

Aktiviti Sambutan ulang tahun ke-50 Sidang Bandung telah diadakan di Bandung Indonesia semalam. Presiden China Hu Jintao dan pemimpin pelbagai negara dan wakil kerajaan pelbagai negara yang menyertai sidang kemuncak Asia-Afrika telah menghadiri aktiviti yang diadakan pada pagi semalam.

Aktiviti sambutan dimulakan dalam nyanyian "Helo Bandung". Tuan rumah sidang kali ini, Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono telah menyampaikan ucapan terlebih dahulu. Beliau berkata,

"Pada 50 tahun yang lalu, pemimpin Asia-Afrika telah mengadakan sidang kemuncak Asia-Afrika pertama di Bandung dan telah menyatakan hasrat rakyat Asia-Afrika yang inginkan kebebasan, keamanan dan sama rata, ini adalah "semangat Bandung". Sekarang negara Asia dan Afrika sekali lagi bertemu di Bandung untuk memperingati "semangat Bandung" dan meningkatkan kembali semangat itu. Dengan "Semangat Bandung", negara-negara Asia Afrika telah menjalin hubungan rakan strategi yang baru dalam aktiviti kali ini."

Wakil dari negara-negara Asia Afrika yang lain serta Pergerakan Negara-negara Berkecuali masing-masing menyampaikan ucapan bahawa "Semangat Bandung" yang diwujudkan pada 50 tahun yang lalu tetap dinamik sehingga hari ini. Jika negara-negara Asia Afrika bersatupadu dan bekerjasama tentu akan mencapai kestabilan, pembangunan dan kemakmuran kawasan rantau.

Wartawan Indonesia yang pernah menyertai Sidang Bandung pada 50 tahun yang lalu, encik Paul Tedja Surya, warga Indonesia semalam juga menghadiri aktiviti sambutan tersebut. Ketika diwawancara oleh wartawan, beliau berkata,

"Berbanding dengan Sidang Bandung pada 50 tahun yang lalu, pada masa dulu terdapat pemimpin dari 29 buah negara menghadiri sidang itu, tetapi kali terdapat pemimpin atau wakil dari hampir 100 buah negara."

Memang seperti ucapan Presiden Hu Jintao dalam sidang kemuncak Asia-Afrika, negara-negara Asia-Afrika bertemu sekali lagi untuk memperingati sejarah, memandang masa depan dan mendorong kerjasama, menjalin hubungan rakan strategi Asia-Afrika yang baru. Globalisasi ekonomi sejagat berkembang pesat dan sains dan teknologi berkembang maju, negara-negara Asia-Afrika menghadapi peluang yang baik untuk bersatupadu dan bekerjasama. Sehubungan dengan itu, profesor Indonesia, Teuku Rezasyah dari Universiti Padjadjaran berkata,

"Kita perlu bekerjasama dengan lebih erat pada masa ini. Saya percaya selepas sidang kemuncak Asia-Afrika kali ini, jika kita meningkatkan kerjasama, pertubuhan yang lebih kuat akan wujud untuk menghadapi cabaran."

Sidang Bandung pada 50 tahun yang lalu bukan sahaja telah memulakan kerjasama Asia dan Afrika tetapi juga kota Bandung dinamakan "kota damai". Maka, rakyat Bandung merasa sangat bangga. Aktiviti sambutan yang diadakan tersebut telah membawa harapan kepada penduduk Bandung.

Sebelum aktiviti Sambutan ulang tahun ke-50 Sidang Bandung berakhir, pemimpin-pemimpin pelbagai negara yang menyertai aktiviti itu telah menanam bersama-sama pokok yang dipilih dari Asia dan Afrika, ia menandakan "Semangat Bandung" akan diwarisi, hubungan rakan strategi antara negara-negara Asia Afrika akan berkembang maju.