Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-25 16:53:44    
Lawatan Lian Zhan yang Akan Diadakan Bermanfaat bagi Meredakan Hubungan antara Kedua-dua Pantai Selat Taiwan

Agensi Berita Xinhua China

Agensi Berita Xinhua melaporkan, Pengerusi Parti Guomindang China Lian Zhan akan mengadakan lawatan ke Nanjing, Beijing, Xian dan Shanghai, perkara itu amat diperhatikan oleh pakar dan sarjana Tanah Besar yang menjalankan pengkajian isu Taiwan. Beberapa pakar ketika diwawancara oleh wartawan menyatakan bahawa Lian Zhan sebagai wakil kekuatan politik penting pulau Taiwan, lawatannya ke Tanah Besar bermanfaat bagi meningkatkan persefahaman saudara setanah air Taiwan terhadap Tanah Besar China, bermanfaat bagi pihak Tanah Besar China lebih mengetahui hasrat saudara setanahair Taiwan serta bermanfaat bagi meredakan dan meningkatkan hubungan antara kedua-dua pantai selat Taiwan..

Profesor Xu Bodong, ketua Institut Penyelidikan Taiwan Universiti Lianhe Beijing berkata, Lian Zhan mengetuai delegasi melawat Tanah Besar merupakan perkara penting dalam sejarah hubungan Parti Komunis China dan Parti Guomindang dan juga merupakan perkara penting dalam perkembangan hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan sejak tahun 1949. Kedua-dua parti berusaha untuk mewujudkan perdamaian kedua-dua pantai Selat Taiwan, ini telah membuka lembaran baru hubungan kedua-dua parti dan juga membuka lembaran baru hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan, tentu akan mendatangan keuntungan kepada rakyat kedua-dua pantai Selat Taiwan.

Profesor Huang Jiashu dari Universiti Rakyat China berpendapat, Lian Zhan mengetuai delegasi Parti Guomindang mengadakan lawatan rasmi ke Tanah Besar telah membuka saluran baru rundingan bagi kedua-dua pantai Selat Taiwan. Ini akan meningkat persefahaman Tanah Besar terhadap kumpulan di pulau Taiwan yang menentang "kemerdekaan Taiwan" dan menganjurkan perkembangan hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan. Pertukaran lawatan dan dialog antara kedua-dua parti itu berfaedah meningkatkan persefahaman rakyat kedua-dua pantai Selat Taiwan terhadap pendirian kedua-dua pihak.

Beliau berkata, walaupun Parti Guomindang adalah parti pembangkang, tetapi ia adalah sebuah kekuatan politik yang amat penting di pulau Taiwan. Maka, jika Parti Komunis China dan Parti Guomindang dapat mencapai kata sepakat yang berperinsip tentang masalah yang diperhatikan oleh saudara setanah air Taiwan, tentu akan bermanfaat meredakan dan mengembangkan hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan.