Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-26 13:36:56    
China-Indonesia Jalin Hubungan Rakan Strategik

CRI
Menurut berita CRI, Presiden China, Hu Jintao dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yodhoyono telah mengadakan rundingan dan telah menandatangani perisytiharan bersama penjalinan hubungan rakan strategik China-Indonesia.

Dalam rundingan itu, Hu Jintao telah mengemukakan cadangan tujuh perkara iaitu China dan Indonesia meningkatkan perbincangan strategik, mempererat kerjasama ekonomi dan perdagangan, meningkatkan kerjasama keselamatan dan lain-lain.

Susilo menegaskan, Indonesia menghargai tinggi dan mengalu-alukan China memainkan peranan positif dalam hal-ehwal Asia dan sejagat. Beliau mengulangi bahawa Indonesia mempertahankan dasar satu China dan menyokong penyatuan semula negara.

Hu Jintao juga telah ditemui Timbalan Presiden Indonesia, Bacharuddin Jusef Habibie, Ketua Majlis Permesyuaratan Rakyat Indonesia, Hidayat Nur Wahid, dan ketua Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia, Agung Laksono.