Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-26 19:15:46    
Hu Jintao Akhiri Lawatan Rasmi Di Indonesia

CRI
Menurut Laporan CRI, Presiden China, Hu Jintao telah mengakhiri lawatan rasmi di Indonesia hari ini dan akan meneruskan lawatannya ke Filipina.

Sebelum mengakhiri lawatannya di Indonesia, beliau telah menemui pegawai-pegawai Kedutaan China di Indonesia, wakil agensi China dan pelajar-pelajar China di sana. Di samping itu, beliau juga menghadiri majlis jamuan makan tengah hari yang diadakan khusus untuk meraikan beliau yang dianjurkan oleh tokoh-tokoh industri dan perusahaan serta pemimpin di pelbagai lapisan masyarakat Indonesia.

Dalam tempoh lawatan di Indonesia, Hu Jintao telah menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Afrika 2005 dan juga aktiviti sambutan ulang tahun ke-50 Sidang Bandung. Beliau juga telah menandatangani Perisytiharan Hubungan Rakan Strategik Baru Asia-Afrika dan mengadakan perbincangan dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono serta telah mengisytiharkan penjalinan hubungan rakan strategik China-Indonesia.