Menurut Agensi Berita Xinhua China, projek Pembangunan Kawasan Perdagangan Antarabangsa China-ASEAN dirasmikan baru-baru ini di Nanning, wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China, jumlah pelaburannya mencapai lebih kurang 300 juta yuan RMB.
Kawasan Perdagangan Antarabangsa China-ASEAN terdiri daripada dua kawasan, iaitu kawasan pusat perdagangan dan jabatan perhubungan ASEAN. Kawasan pusat perdagangan termasuk kedai, jabatan, hotel, kemudahan persembahan kebudayaan, pusat pameran dan kawasan perumahan. Jabatan perhubungan ASEAN menyediakan perkhidmatan kepada kerajaan dan perusahaan pelbagai negara anggota ASEAN serta kawasan yang mempunyai adat resam pelbagai etnik di ASEAN.
|