Menurut berita CRI, Presiden China Hu Jintao yang sedang melawat Indonesia hari ini di Jakarta menyatakan, sebagai dua negara membangun yang penting di Asia, usaha China dan Indonesia meningkatkan kerjasama rakan amat sesuai dengan kepentingan kedua-dua negara, dan berfaedah bagi perdamaian, kestabilan dan kemakmuran kawasan ini serta seluruh dunia.
Beliau menyatakan, matlamat China dan Indonesia menjalin hubungan strategik adalah untuk memelihara perdamaian dunia, mendorong pembangunan bersama, mengekalkan persefahaman saling menghormati dan saling menguntungkan, dan secara menyeluruh mengadakan pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang. Beliau juga menyatakan, sebagai negara jiran negara ASEAN, China sentiasa mementingkan hubungan dengan ASEAN.
|