Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-27 09:45:56    
Pembaharuan Perusahaan Milik Negara China Capai Kemajuan

CRI

Menurut berita CRI, berdasarkan maklumat sidang Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China yang sedang diadakan di Beijing semalam, pembaharuan perusahaan milik negara China telah mencapai kemajuan baru pada dua tahun kebelakangan ini, hampir separuh daripada 3000 perusahaan milik negara telah disusun semula menjadi perusahaan sistem syarikat.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Suruhanjaya Penyeliaan dan Pengurusan Aset Milik Negara Dewan Negara China Li Rongrong semasa membentangkan laporan dalam sidang itu.

Beliau menambah, kerajaan China akan terus melaksanakan pembaharuan terhadap perusahaan hak milik negara, mencegah kehilangan aset milik negara, mengambil pelbagai tindakan untuk melindungi hak dan kepentingan pekerja, menyelesaikan masalah kehidupan mereka, menyediakan peluang kerja kepada para penganggur.