Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-27 10:55:26    
Filipina akan Hantar Atlet ke China untuk Jalani Latihan

Agensi Berita China
Menurut Agensi Berita China, Hong Kong --- Pengerusi Jawatankuasa Sukan Filipina, Butch Ramirez baru-baru ini menyatakan, jawatankuasa itu berharap kerjasama dan pertukaran antara kalangan sukan Filipina-China dapat ditingkatkan melalui penghantaran atlet dan jurulatih negara itu ke China untuk menjalani latihan. Di samping itu, pihak Filipina juga berharap pertukaran itu dapat meningkatkan taraf sukan Filipina.

Semasa diwawancara, Butch Ramirez berkata, pegawai sukan Filipina dan suami Presiden Gloria Macapagal Arroyo telah melakukan dua kali lawatan rasmi ke China tahun ini. Mereka telah mencapai perjanjian dengan Jabatan Am Sukan China dan sekali lagi menyenaraikan program kerjasama sukan kedua-dua negara dalam perancangan kerja.

Berdasarkan memorandum kerjasama, Filipina akan menghantar 273 orang atlet dan jurulatih daripada 12 acara sukan ke China untuk menjalani latihan dan juga untuk membuat persiapan untuk Sukan Asia Tenggara yang akan diadakan pada November tahun ini. Butch Ramirez berkata, sebab Filipina menghantar atlet dan jurulatih ke China untuk menjalani latihan adalah kerana China beransur-ansur telah menjadi negara maju dalam bidang sukan. Terutamanya, dalam Sukan Olimpik pada tahun lalu, China menduduki tempat kedua dalam kutipan pingat dan telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai acara.

Filipina juga sedang berusaha untuk mencapai matlamat memenangi pingat pertama dalam sejarah negara itu dalam Sukan Olimpik di Beijing pada tahun 2008.

Selain sebab yang disebut tadi, Filipina menghantar atlet dan jurulatih ke China juga kerana kos latihan di Chian agak rendah berbanding negara-negara Eropah dan Amerika. Dengan begitu, mereka dapat menjimatkan wang.

Dalam memorandum yang baru ditandatangani oleh China dan Filipina ditetapkan, pihak Filipina boleh menghantar atlet dan jurulatihnya ke Shanghai, Xiamen, Beijing, Mongolia Dalam, Sichuan dan tempat lain untuk menjalani latihan selama dua hingga tiga bulan di bawah bimbingan jurulatih China yang bertaraf dunia. Atlet dan jurulatih Filipina juga berpeluang bertukar-tukar pengalaman dengan atlet dan jurulatih unggul China. Antara pelbagai acara yang terlibat dalam pertukaran kali ini termasuk olahraga, bola sepak, gimnastik, renang, pingpong, bola tampar, angkat berat, gusti dan Wushu.