Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-27 10:28:58    
Lawatan Lien Chan Akan Dorong Perkembangan Hubungan Antara Kedua-dua Pantai Selat Taiwan

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, akhbar Hong Kong dan Makau menerbitkan rencana berpendapat bahawa lawatan Lien Chan, Pengerusi Parti Kuomintang China ke Tanah Besar China akan mendorong perkembangan hubungan antara kedua-dua pantai Selat Taiwan.

Akhbar Wenweipo Hong Kong menerbitkan rencana menyatakan bahawa lawatan Lien Chan menunjukkan bahawa beliau menyetujui dasar satu China yang disokong oleh rakyat Taiwan. Pelbagai lapisan masyarakat di Taiwan menyedari bahawa ekonomi dan perdagangan Taiwan berkaitan erat dengan Tanah Besar China. Dalam rencana itu juga dinyatakan pihak Tanah Besar China mengamalkan dasar mementingkan kepentingan rakyat, pragmatik, aktif dan bersahabat terhadap isu Taiwan dan mendapat lebih banyak persefahaman rakyat Taiwan.

Akhbar Takungpao Hong Kong menerbitkan rencana menyatakan bahawa disebabkan perubahan situasi politik Taiwan, kedudukan pemerintahan Parti Kuomintang telah digantikan oleh Parti Progresif Demokratik Taiwan, oleh itu kegiatan kumpulan pemisah Taiwan lebih menghebat dan menyebabkan ketegangan hubungan antara kedua-dua pantai Selat Taiwan dan situasi di Selat Taiwan tidak stabil. Akan tetapi, hasrat rakyat kedua-dua pantai Selat Taiwan tidak berubah iaitu menentang pemisahan, mewujudkan keamanan, kestabilan dan penyatuan semula. 70% rakyat Taiwan menyokong lawatan Lien Chan ke Tanah Besar China kali ini.

Akhbar Perdagangan Hong Kong menerbitkan rencana menyatakan bahawa lawatan Lien Chan kali ini diangggap sebagai "lawatan damai" dan mencerminkan hasrat rakyat kedua-dua pantai Selat Taiwan yang ingin mewujudkan keamanan.