|
Pada 3 April lalu, pemain China Ding Junhui yang hanya berumur 18 tahun telah memenangi perlawanan akhir Pertandingan terbuka Snuker China dengan kiraan mata 9:5 menewaskan pemain terkenal dunia iaitu Stephen Hendry dari Scotland dan meraih johan dalam pertandingan tersebut. Selepas pertandingan tersebut, Ding Junhui memberi nilai terhadap persembahan beliau dalam pertandingan tersebut, "saya tidak mengalami tekanan dalam pertandingan itu, saya hanya menganggap pertandingan itu sebagai latihan sahaja. Saya telah meningkatkan keyakinan diri sendiri melalui pertandingan kali ini, saya menewaskan beberapa pemain profesional, saya berusaha melayakkan diri ke tangga ke-32 pemain dunia."
Sebenarnya, Ding Junhui yang berumur 18 tahun berbakat dalam acara Snuker. Pada tahun 2002, beliau ketika berumur 15 tahun mewakili China menyertai Sukan Asia Pusan dan meraih satu pingat emas dan satu pingat perak. Pada tahun yang sama, beliau juga menjadi johan Pertandingan Remaja Asia, Kejohanan Asia dan Pertandingan Belia Dunia serta menjadi bintang baru dalam acara Snuker.

Pada tahun 2003, Ding Junhui menjadi pemain profesional dan mula menyertai pertandingan profesional Snuker di Britain. Beliau bertolak ke Britain pada bulan September dan selepas pertandingan itu, beliau kembali semula ke China pada bulan Mei tahun berikutnya. Kejayaan besar yang dicapai oleh Ding Junhui menarik perhatian orang ramai. Ding Junhui juga mendapat pengiktirafan pemain profesional di dunia, Stephen Hendry berkata Ding Junhui tentu akan menjadi johan Kejohanan Dunia.
Ding Junhui dilahirkan di bandar Yixing, provinsi Jiangsu China pada tahun 1987. beliau gemar bermain biliard semasa berumur 6 tahun. Bapanya mengesan bakat anak lelakinya itu dan membawa keluarganya berhijrah ke bandar Dongguan, provinsi Guangdong, China untuk berlatih biliard. Selepas itu, kehidupan Ding Junhui lebih terancang dan reratur. Beliau mula berlatih pada pukul 8 pagi setiap hari, dan selepas berlatih selama 12 jam baru beliau balik ke rumahnya pada pukul 10 malam. Pada tahun 2001, selepas mendapat kebenaran bapanya, Ding Hunhui berhenti belajar di sekolah menengah. Bapa Ding Junhui berpendapat orang berbakat harus mendapat pendidikan khas. Beliau berkata, "Bagi Ding Junhui bermain Snuker sama seperti mengikuti pelajaran. Saya bertanggungjawab melatih anak saya menjadi orang yang berdikari. Dia akan mencapai kejayaan kerana menumpuhkan sepenuh perhatian terhadap sukan itu. Saya yakin dia akan menjadi pemain unggul di dunia."
Pertandingan profesional selama dua tahun bukan sahaja menjadikan Ding Junhui menduduki tempat yang semakin tinggi dalam senarai pemain Snuker di dunia, beliau juga memperoleh pendapatan yang tinggi. Berdasarkan statistik internet rasmi Snuker dunia, pendapatan Ding Junhui telah melebihi 60 ribu Paun.

Walaupun kebanyakan pertandingan yang disertai oleh Ding Junhui diadakan di luar negara, tetapi beliau tetap berlatih Snuker di China. Berdasarkan statistik Persatuan Biliard China, peminat biliard di China telah mencapai 50 juta orang, lebih kurang sejuta orang bermain Snuker atau biliard setiap hari. Disebabkan kejayaan besar yang dicapai oleh Ding Junhui, jabatan cukai China menetapkan semula jenis cukai perniagaan dewan biliard daripada cukai kelab "Riadah" kepada cukai "Sukan", kadar cukai tersebut diturunkan daripada 20% kepada 3%.
|